Surga Dan Neraka Dajjal


Menurut Hadits, tanda Dajjal yang
paling besar adalah bahawa ia
akan membawa syurga dan
neraka. Apa yang pertama kali
harus diingat sehubungan
dengan ini ialah, apabila dalam
suatu Hadits, kata-kata jannah
dan nar dipakai untuk
menunjukkan syurga dan neraka
Dajjal, maka di lain Hadits, syurga
dan neraka Dajjal itu dinyatakan
dengan kata-kata lain. Misalnya,
sebagai pengganti kata-kata
syurga dan neraka Dajjal,
digunakanlah kata-kata ma' (air)
dan nar (api); dan di lain Hadits
digunakan kata-kata nahar
(sungai) dan nar (api). Lalu di lain
Hadits digunakan kata-kata dua
sungai, sungai air dan sungai
api.
Kemudian ada Hadits lagi yang
menerangkan, bahawa Dajjal
akan membawa "Gunung roti
dan sungai air". Bahkan ada
Hadits lagi yang sebagai
pengganti kata-kata syurga dan
neraka Dajjal, digunakan kata-
kata "dua gunung; yang satu
penuh dengan tumbuh-
tumbuhan dan buah-buahan dan
air, sedang yang lain, penuh
dengan api dan asap.
Dari uraian tersebut, terang
sekali bahawa kata jannah dan
nar tidaklah bererti Syurga dan
Neraka yang sesungguhnya;
demikian pula kata-kata sungai,
api , asap, gunung roti, dll,
janganlah diertikan secara
harfiyah. Semuanya itu adalah
kata ibarat; misalnya kata jannah,
ini mengibaratkan melimpahnya
persediaan bahan-makanan,
kesenangan dan kemewahan,
sedang kata nar mengibaratkan
kurangnya bahan -makanan dan
kesenangan hidup. Adapun
maksud sebenarnya ialah,
barangsiapa mengikuti Dajjal, ia
akan hidup mewah, dan barang
siapa menentangnya, ia tak akan
mempunyai persediaan bahan-
makanan.
Bandingkanlah keadaan
kehidupan dua bangsa, iaitu
bangsa-bangsa Islam yang hidup
serba kekurangan, dan bangsa-
bangsa Nasrani yang hidup
serba mewah; dan inilah yang
dimaksud dengan syurga dan
neraka Dajjal. Kata-kata syurga
dan neraka tidaklah bererti
bahawa Dajjal benar-benar
membawa syurga dan neraka
seperti pedagang membawa
barang dagangannya. Namun
yang sebenarnya dimaksud ialah
bahwa Dajjal akan menguasai
syurga dan neraka sebagaimana
diterangkan dalam Hadits berikut
ini:
"Sungai dan buah-buahan dunia
akan tunduk kepadanya".
Inilah erti yang sebenarnya dari
kata-kata itu, yakni bahawa
segala macam persediaan yang
mendatangkan kesenangan,
kemewahan dan kenikmatan
hidup di dunia, semuanya
dikuasai oleh Dajjal. Dan inilah
yang disebut syurga Dajjal bagi
orang yang picik pandangannya;
akan tetapi sebenarnya, ini
semua disebut neraka, kerana
siapa saja yang tenggelam dalam
kesenangan hidup seperti
berdansa, bersenang--senang,
bersukaria, melihat theater,
bioskop, pergaulan bebas antara
lelaki dan wanita, minum,
berjudi, melacur, pasti tidak ingat
kepada Allah.
Akibatnya jiwanya menjadi
rosak; dan inilah neraka yang
sebenarnya; dan sekalipun tidak
terlihat oleh mata jasmani, tetapi
di Akhirat akan nampak dengan
terang. Sebaliknya apa yang
disebut neraka Dajjal yang
berupa kehidupan yang tidak
diliputi oleh kesenangan
duniawi, adalah Syurga yang
sebenarnya, kerana semakin
orang tidak tenggelam dalam
kesenangan duniawi, semakin
besar pulalah keuntungan
rohaninya, sehingga ia dapat
terus meningkat sampai
mencapai hubungan dengan
Allah. Jadi syurga Dajjal itu terdiri
dari kesenangan jasmani, yang
diperolehi dengan
mengorbankan kehidupan
rohani. Barang siapa tenggelam
dalam hidup senang, ia akan
kehilangan kesenangan di zaman
yang akan datang.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar