Tiga Waktu Yang Perlu Dimanfaatkan


“Orang berakal harus
mempunyai tiga waktu yang
perlu dimanfaatkannya: satu
waktu untuk bermunajat kepada
tuhannya, waktu kedua untuk
dia bermuhasabah diri, dan
waktu ketika untuk dia
menikmati kesenangan-
kesenangan dunia yang halal
baginya kerana waktu yang
terakhir ini akan membantu
perlaksanaan waktu-waktu yang
lain. ”
Bukan mudah untuk kita
membahagikan masa dengan
penuh kualiti sepanjang masa.
Namun apa jua alasan yang kita
berikan, hakikatnya mereka yang
berstatus hamba Allah
seharusnya membuat
pembahagian masa seperti ini
dalam kehidupan kita. Ramai
yang berfikir bahawa hidup
hanya sekali, inilah masanya
untuk menikmati keseronokkan
dunia. Akhirnya kehidupan yang
sekali ini tidak dinikmati secara
baik.
Tidak mengapa jika kita hanya
berakhir di sini. Tidak perlu risau
tentang dosa pahal jika kita
hanya berkahir dengan
kematian. Tetapi sukarnya
kerana adanya kebangkitan
kedua. Kerana itulah model kata-
kata hidup perlu seronok tidak
boleh diletakkan sebagai prinsip
hidup kekal.
Nabi Ibrahim adalah Rasul
agung. Pengorbanannya bukan
sekadar pengorbanan kita yang
kita rasakan besar ini.
Pengajaran dari suhuf baginda
jelas meletakkan bahawa
pengabdian kita adalah pada
Tuhan, kemudian lihat siapa diri,
dan diakhirnya barulah diberikan
pilihan untuk menikmati dunia
sekadarnya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar