10 JENIS SHALAT YANG TIDAK DI TERIMA OLEH ALLAH SWT

Saling mengingatkan dalam
kebaikan dan kesabaran
Rasulullah S.A.W. telah
bersabda yang bermaksud :
“ Sesiapa yang memelihara
solat, maka solat itu sebagai
cahaya baginya, petunjuk
dan jalan selamat dan
barangsiapa yang tidak
memelihara solat, maka
sesungguhnya solat itu tidak
menjadi cahaya, dan tidak
juga menjadi petunjuk dan
jalan selamat
baginya. ” (Tabyinul
Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah
bersabda bahawa : “10
orang solatnya tidak diterima
oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat
sendirian tanpa membaca
sesuatu.
2. Orang lelaki yang
mengerjakan solat tetapi
tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi
imam, padahal orang yang
menjadi makmum
membencinya.
4. Orang lelaki yang
melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum
arak tanpa mahu
meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang
suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang
mengerjakan solat tanpa
memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang
sombong dan zalim
menganiaya.
9. Orang-orang yang suka
makan riba ’.
10. Orang yang solatnya
tidak dapat menahannya dari
melakukan perbuatan yang
keji dan mungkar. ”
Sabda Rasulullah S.A.W yang
bermaksud : “Barang siapa
yang solatnya itu tidak dapat
menahannya dari melakukan
perbuatan keji dan mungkar,
maka sesungguhnya
solatnya itu hanya
menambahkan kemurkaan
Allah S.W.T dan jauh dari
Allah. ”
Hassan r.a berkata : “Kalau
solat kamu itu tidak dapat
menahan kamu dari
melakukan perbuatan
mungkar dan keji, maka
sesungguhnya kamu
dianggap orang yang tidak
mengerjakan solat. Dan pada
hari kiamat nanti solatmu itu
akan dilemparkan semula ke
arah mukamu seperti satu
bungkusan kain tebal yang
buruk. ”

Tidak ada komentar:

Posting Komentar